Nunad's Official Belog
TWO IS BETTER THAN ONE
Wednesday, 4 June 2014 0 CuteStalker
ASSALAMUALAIKUM...

Hye semorang. Tadi tetengah aku scroll scroll newsfeed fesbuk, aku terjumpa karangan yang agak menarik perhatian aku ni. So aku rasa macam nak kongsi dekat belog aku ni. Jom baca lekaih !

Kita tak pernah minta pun nak kenal dengan seseorang atau sesiapa. Kita tak pernah rancang atau minta pun nak jumpa atau berkenal dengan seseorang. Siapa bagaimana, we don't know tapi selalunya dalam hidup ni, kita akan jumpa macam-macam orang. Kita akan kenal dengan ramai orang. Kita akan sayang dengan sesetengah orang dan kita akan jatuh cinta dengan orang tertentu. Okay aku pendekkan cerita, pernah tak kita rancang nak kenal dengan someone ni? Tak pernah kan tapi kita terkenal dia. Terjumpa dekat mana-mana ke lepas tu kita spend time kita dengan dia. Talk about anything then kita rasa selesa dengan dia. Kita sayang dia. Tak lama lepas tu kita jatuh cinta dengan dia. Selalunya relationship 
( fokus kepada lelaki dan perempuan ) akan start dari kawan. Dari kawan kita mula sayang dia, lepas tu couple dengan dia. Mula bercinta. Bila bercinta tu, tau jelah. Macam-macam benda nak jadi. Lalu macam-macam. Lastly, break-off ! Heyy kemon lah ! Tu bukan end of your life. Cuma, yang aku sering pelikkan dengan dunia ni, is kenapa masa kita berkawan, we can share everything. Rasa segalanya. Gembira, bahagia. Then, bila couple mula cemburu, kena jaga hati dan sebagainya. Bila break-off pula, macam strangers ! Macam tak pernah kenal satu sama lain. Mula membenci padahal dari strangers, kita boleh layan dia macam kawan baik kita, dari kawan baik kita, dia boleh jadi kekasih hati kita, tapi dari kekasih hati, akan jadi stranger balik. Nampak tak permainan kat situ? *sampai sekarang aku sering perhatikan situasi ni* susah sangat nak jumpa dari couple jadi kawan. So aku buat kesimpulan, lebih baik berkawan dari bercinta. Betul tak? Sebab ape? Sebab bila kawan kau takkan break-off. So korang takkan jadi strangers. Haha *fakta aku* tapi kan, macam tu juga kalau kawan. Kadang-kadang satu masa kau baik gila dengan dia. Share everything. Lepas tu, tiba-tiba korang jadi stangers. Semua tu normal. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke hakikatnya, tak semua orang yang kita sayang tu, yang paham kita tu akan kekal dengan kita. Ade sesetengah orang tu boleh kekal dalam hati kita tapi tak boleh kekal dalam hidup kita. Lumrah alam tapi jangan sesekali menyesal ! Jangan menyesal bila kita pernah kenal dia, jumpa dia sebab, ade sebab kenapa Allah bagi kita kenal dia, jumpa dia. Kannn? Kita tak minta tapi ia jadi. Macam mane tu? Maknanya Allah memang nak kita jumpa kenal dia tapi Allah taknak kita dengan dia. Makanya peluang tu ade tapi untuk sementara. Mungkin kehadiran dia yang sementara tu untuk mengajar kita erti hidup ni, bagi pengalaman dekat kita. Kalau kita menyesal kenal dengan dia, maknanya kita salahkan takdir. Kita salahkan Allah. Setiap benda yang jadi tu, ade hikmahNya. Cuma kita manusia ni selalu tak perasan. Berjumpa, bertemu, berpisah, jodoh, ajal, maut semua tu ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu untuk merancang, tapi Allah yang tentukan samada sesuatu benda tu terjadi ataupun tak. Segala sesuatu adalah atas kehendakNya.

Okay dah. Betul teks ni cakap. Sangat setuju. Kalau kita dah sayang mesti kita tanak kehilangan dia kan so jalan terbaik better berkawan daripada bercouple. Tipulah kalau cakap bila dah couple takda dugaan kan. Mesti macam-macam Allah duga kita, orang yang penyabar dan kuat ja yang mampu tahan. Mampukah aku?? Aaaaa i don't think so. Emm dats why jalan terbaik untuk aku dan amirul sekarang berkawan. InsyaAllah status berkawan ni kami berdua jaga sampai bila bila. Tak boleh nak janji apa-apa sebab jauh lagi perjalanan. Ramai yang bertanya tapi kami jawab "just friend" :) Ada jugak yang tak caya sebab nampak macam couple tapi sebenarnya tak. Masing-masing jaga hati jaga perasaan jaga perangai yang tu sudah cukup kan. Cukuplah kami berdua jea yang tau pasal isi hati masing-masing. Tak perlu nak heboh dekat orang ramai. Kami berdua pun dah cukup untuk settle masalah or what. Tak perlu yang lain. Kalau ada jodoh ada la. Lagipun cukuplah sekali aku frust dalam bercinta, aku takmau benda ni ulang lagi dah. Moga-moga apa yang kami rancang for future termakbul. Aminnn :)








Thanks you for reading this :)




Older Post . Newer Post


// More Than Words