Nunad's Official Belog
:)
Thursday, 13 June 2013 0 CuteStalker
ASSALAMUALAIKUM ...

Hye awak. Huuuu dah lama tak buat entry pasal luahan hati nie. Memandangkan malam nie macam free sikit kan so nak story sikit la. Huuuuu :(

Aku ingat kalau hidup single nie senang lah sikit, tak payah nak pikir perasaan orang nak jaga hati orang tapi sebaliknya. Serius talk, single lagi menyusahkan. Sebab apa aku cakap macam tu? Hmm sebabnya bila kita single nie, aweks aweks kat luar sana ingat kita nie nak rampas boyferen orang even kita hanya tweet jea dengan boyferen orang. I think tweet biasa biasa jea bukan bersayang sayang tapi benda tu disalah anggapkan dan automatik si aweks nie akan stalk kita 24hours dan secara rasminya kita jadi musuh dia. Wallaweh ! Kononnya orang nak sangat dekat boyferen dia tu, sanggup berubah apa saja bagi bf dia suka dekat kita. Hello ! Aku tak hadap weh, sikit pun tak hadap. Ingat aku nie bodoh sangat ke nak kacau relay orang, aku tak bodoh nak rampas bf orang. Tak semestinya kalau kita dah couple, kita tak boleh nak kawan dengan orang lain. Be matured please. Bila jadi kes kes macam nie, kau akan salahkan si perempuan ja, cuba kau siasat bf kau tu. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi la weh. Ada otak pikir ! Bila aku buat entry nie mesti yang jauh nun di sana akan terasa, entry nie bukan untuk awak yaaa. Harap maklum! 

Sebenarnya lama dah aku nak cakap pasal nie, aku just tak puas hati bila jadinya kes macam nie, mesti perempuan tu nak salahkan orang ketiga, dia takkan salahkan kesayangan dia tu. Kalau kesayangan dia tak melayan benda nie takkan terjadi. Aku cakap nie bukan lah semua benda nie terjadi dekat aku but ada certain part lah yang aku pernah rasa. 

Bila pikir pikir balik kan, semua tak kena. Bila couple cara dah bercouple, gaduh pasal nie la pasal tu lah, bila single cara single. Kena tuduh macam macam. Heyyy tak faham betul aku. Haaaaa kan dah teremo -,- Tapi kan tapi kan single lelama sunyi jugak, rasa macam poreber alone ja. Kekadang tengok kenkawan dengan boyferen, rasa jealous pun ada. Nak jugak macam tu tapi dengan sapa ja? Aku sendiri yang tak bagi peluang dekat diri aku untuk terima lelaki lain sebab tu sampai sekarang still single. Bukannya takda yang muncul after aku clash dengan amin tapi aku tak selesa dengan mereka. Bagi aku amin lebih hebat dari mereka. Kita kalau nak ada pengganti, kena lah cari yang lagi hebat dari ex kan. Aku takda lah memilih sangat at least yang boleh puaskan hati aku. Puaskan hati macam mana tu? Hemmm macam nie :

1. Bukan jenis yang peramah tak tentu pasal, kalau boleh dengan semua perempuan dia nak tegur, it's okay kalau nak berkawan tapi tak boleh rapat dan tak boleh layan kawan dia tu macam mana dia layan aku. Dah cakap kawan kan, setakat nak tweet tu takpe lah, janganlah sampai nak ber-otp ber-webcam bagai. Hoiii sapa tak hanginnn. Senang cakap aku tak suka lah lelaki yang peramah sesangat nie. Sombong lagi aiii suka tau. Hehehe :D

2. Pandai jaga hati dan perasaan aku. Kalau aku boleh jaga hati dia, dia pun kena buat benda yang sama jugak. 

3. Kalau boleh tu tanak la yang hisap rokok dan shisha. Aku jenis tak tahan bau asap, tak boleh bernafas. Hmm kalau boleh la kan, rasa rasa susah nak cari lelaki yang tak merokok sekarang. Semakin pupus dah. Hahaha. 

4. Pandai menghargai diri aku, yang tu for sure lah. Semua perempuan nak macam tu kan. Hikhiks. 

5. As usual, benda wajib tak tinggal. I mean solat lima waktu dan yang paling penting hati budi dia baik. Lagi best kalau selalu didik aku, kalau aku lambat solat, dia suruh segerakan. Haaaa yang tu aii suka. Hehehe ;)

6. Sedap mata memandang. Hehehe. Tak nak yang handsome sangat nanti orang kebas, yang sedang sedang aja. Hihi. Aku pun bukannya hebat sangat kalau nak yang hebat hebat. Iyee dak? -.-v

7. Aku pendek tapi dia mesti TINGGI ! Kalau boleh nak yang tinggi sikit, tanak yang tinggi banyak. Kalau yang tinggi banyak nanti bila dating orang ingat adik abang pulaks >,<

8. Aku kuat cemburu tapi aku bukan QUEEN CONTROL uolls. 

9. Kalau aku bukan yang pertama bagi dia, aku tanak bila bergaduh or what, kau bandingkan aku dengan ex kau. (Yang tu aku paling tak suka sebab amin pernah bandingkan aku dengan ex dia). Sakit hati berbulan bulan tahu. Aku tanak macam tu. Kalau nak banding bandingkan aku dengan ex kau, kau pegi couple balik dengan ex kau. Aku punya cara macam lain, ex kau punya cara macam lain, kalau kau tak suka cara aku, kau boleh blah. Kau faham ke tidak ? Huuu >,<

10. Aku paling suka cadbury blackforest so faham faham la eah ;) winkwink.

11. Aku kalau dah sayang, sayang sungguh sungguh dan aku payah nak layan lelaki lain lebih daripada aku layan boyferen aku, senang cakap setia la so jangan coba coba nak mainkan perasaan aku please. Aku tak sanggup disakiti buat kali kedua :(

12. Aku tak suka yang panas baran, kalau gaduh sikit terus nak cakap aku hang bagai. Pehtu nak tengking tengking orang. Parents aku tak pernah tengking aku so aku tak boleh terima kalau aku dapat boyferen yang suka tengking orang. Kau ingat kuli ke apa ??? Sorry bro. 

13. Aku nie jenis kepala hangin sikit, bila marah tu membuak buak memang ta ingat dunia dah so mintak maaf siap siap la eah kalau terkasar. Kalau boleh bila aku marah, dia boleh lembutkan hati aku balik baru best. Nie tak, aku hangin dia pun hangin, memang tak boleh nak settle lah.

14. Jujur sejujur jujurnyaaa. Jangan menipu. Aku tak suka orang tipu aku so please -,-

15. Jangan terlalu mengongkong aku. Nak bagitau siap siap nie. Aku ada banyak geng. Tapi satu geng nie ada 11 lelaki dan 4 perempuan. Geng tu nama SAHABAT. Geng nie sejak zaman sekolah lagi, tak pernah terpisah even dah habis sekolah. Aku selalu sangat lepak dengan geng nie. Kebanyakan belajar jejauh tapi bila time cuti sem mesti kumpul reramai. Kitorang dah macam adik beradik. Kalau boleh tu bila saya nak keluar lepak dengan dorang, mohon awak bagi. Ada sorang nie dia dah tak boleh nak join melepak sekali dah sebab boyperen dia tak bagi. Bila cakap boyperen tak bagi semua kenkawan macam 'Erkkk apasal pulak tak bagi, keluar makan jea pun, bukan buat apa apa takkan tak bagi kot' Haaa i mean terlalu control. Tanak aaa macam tu bro. Tak best la. Itu semua kawan, no heart feeling yawww. Sooo awak yang saya tak tahu nama apa tu, mohon jangan control sampai macam tu sekali eah ;)

16. Saya mudah menangis. Hati saya lembut macam tisu tesco. Sangat sangat mudah menangis. Airmata nie mudah sangat keluar. So awak kena la jaga hati saya. Hihihi :3

17. Aku tak suka lelaki yang ada misai / jambang / janggut dan sebagainya. Hahaha takmauuu laaa ada semua tu, aku geliiii !! Eeeee nampak tak kemas tahu. Tak kemas dan tak handsome. Serius talk !

18. Kalau dah tackle aku tu, tak payah la nak bersayang dengan orang lain lagi, focus dekat aku sudah, kita yang lembut hati nie pun tetiba jadi keras balik kalau perangai macam tu. Peramah sangat pun tak boleh jugak sebenarnya. Bahaya you know >,<

Alahaiii banyak nau ciri ciri nyaaa. Aku tahu takkan dapat punya macam aku idam-idamkan kat atas tu, aku pun takda la mengharap sangat dapat yang macam tu. Sesaja nak kongsi dengan uolls. Kalau dapat tu memang syukur alhamdulillah la :) Kekadang terpikir sapa jea boyferen aku nanti, kekal ke aku dengan dia, dia ke jodoh aku. Lahaiii teringin sangat nak tau :)

Sejak aku clash, aku dah tak percayakan mana mana lelaki. Serius talk. Bagi aku, lelaki lain sama jea macam ex aku tu haaa. Aku memang tak pernah bagi peluang dekat diri sendiri untuk terima dan sayang orang lain. Aku takut bila aku tengok orang sekeliling aku. Aku single korang jangan ingat aku tak amik tau bab bab pasangan nie haa. Aku amik contoh kenkawan aku jaa. Ada yang okay ada yang tak okay. Yang tak okay tu la yang aku takut. Aku tengok dorang luah dekat aku itu ini sampai menangis, aku jadi serik nak bercouple. Aku boleh rasa apa yang kawan aku rasa. Lagi satu kawan lelaki aku, dia dah ada girlfren tapi dia still nak keluar berdua-duaan dengan perempuan lain. Memang perempuan tu kawan dia tapi kalau keluar berdua tu. Alahaiii orang lain boleh pikir bukan bukan tau. Macam mana la perasaan girlfren dia kalau dapat tahu kan. Aku tanak la tegur lelaki tu sebab dah kawan sendiri kan, kang nanti kalau tegur dia ingat aku busybody pulaks. Sooo caneee nak couple kalau kawan sendiri pun macam tu. Hahahaha orang sekeliling yang membuatkan aku teragak agak nak percaya dekat lelaki.


Takpelah macam mana pun kan, tunggu jeala sapa yang berjaya curi hati aku. Akanku cerita dekat blog kesayangan nie nanti. Tunggu tau :) Kalau ada, ada lah, kalau takda, takda lah. Tak tahu la sampai bila aku nak single. Mungkin 3 4 5 tahun lagi. Hihi. To be honest, saya belum bersedia nak terima lelaki lain ;) So kalau ada yang dah feeling feeling dekat aku tu, nak mengorat aku, kenalah berperangai macam aku list kat atas tu haa *nie ayat bajet, mohon tampar saya* Kahkahkah :D Hmmm panjang nau entry aku kan. Hikhiks :D Ouh btw, thanks yawww sudi baca. Banyak ayat kat atas tu yang korang rasa menyampah so ignore jea la eah. Huuuuuu :'> Okbai love deep deep :*




p/s KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN




Thanks you for reading this :)




Older Post . Newer Post


// More Than Words