Nunad's Official Belog
Kehidupan baru , Tempat baru , Kawan baru
Saturday 15 December 2012 0 CuteStalker
ASSALAMUALAIKUM ...

Hey guys . New entry from me . Hihi . So hari nie nak cerita apa ? Jum scroll bawah !

Setelah setahun aku menjadi penganggur terhormat after SPM so now aku dah jadi siswi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam jurusan Diploma Akauntansi :) Akaun dengan Nad memang tak dapat dipisahkan lagi . Memang family kitorang dah sebati dengan dunia akaun nie :D Nak buat acano kalau kita minat yang tu kan , kalau nak belajar kena ada minat , kalau tak minat macam mana nak score , iye dak ?

Pendaftaran pada 10 Disember 2012 . Abah mak kakak yang second jea ikut , along tak dapat ikut sebab dia nak balik Peneng , abang pulak kerja . Takpalah bukannya jauh pun yang semua nak hantar aku HAHAHA ! Aku sampai dalam pukul 9 lebih macam tu , memang ramai sangat sangat sampai jam lah . Dulu dorang bagi kunci bilik drive thru tapi sekarang tak dah , dorang tetap sendiri so aku dapat blok E and girlpren aku si Tyqah kecik tu dapat blok B . Fuhhhhhhh ! Frust tak terkata , niat dihati memang nak Tyqah jadi roomate aku tapi tak dapat . Bila dah dorang bagi kunci bilik tu then aku masuk nak kemas bilik semua , aku punya roomate tak sampai lagi so boleh aa aku pilih nak katil mana , meja mana kan . Hahaha :D Dalam satu jam macam tu roomate aku pun sampai , orang Jitra :) Mula mula tu tak cakap sangat , mak dia jea yang cakap banyak dengan mak aku , lepas family balik tu baru kitorang cakap . 

Masa family nak balik tu lah yang bermula drama 80 episod . Hahaha :D Niat dihati tanak nangis tapi bila dengar parents pesan itu ini , mak abah peluk cium aku , haa mulalah nak meleleh . Biasa lah kan , aku tak pernah jauh dengan dorang , tak pernah duduk asrama , tak pernah berdikari macam orang lain , senang cakap aku memang tak pandai hidup berdikari tapi aku akan cuba , aku dah besar kan , malu kat orang kalau hidup still nak bergantung dekat parents :) Bila nak tidur mesti menangis , tidur dengan bantal basah . Hihi . Tapi bukan lah menangis merengek macam budak kecik tu kan . Sampai aku pesan dekat roomate aku cakap kalau nampak aku menangis tu buat tak taw sudah la , mohon faham sendiri , nasib lah dia faham kan . Dia tengok aku pun dia boleh taw yang aku nie anak bongsu . Hahaha :D Even dalam Perlis jea pun tapi entah la , tak boleh nak control :) 

Bila dah cakap pelajar baru , memang tak boleh lari dengan hari orientasi right ? Errr memang tak suka sangat sangat tapi nasib lah 3 hari ja :) Kalau dengar dari senior senior , dorang cakap orientasi kena teruk teruk punya , tidur atas tar , mandi selut dan bagai bagai lah . Tapi hari orientasi aku tak kena macam tu uolls :D *flip hair* Buat aktiviti dalam dewan ja , menari menyanyi dengar ceramah . THATS ALL ! Syukur alhamdulillah tak kena buli tapi demam jugak aa aku nie , dengan terlupa bawak ubat lagi . Haihhh nasib aku lerr :3 Aku mudah sakit , mudah sangat sebab tu ubat ubat kena sentiasa ada dengan aku -.-

Second day orientasi tu , kakak text tanya pasal roomate , sejujurnya aku cakap , aku memang tak match dengan dia , perangai dia okay tapi entah lah kan , susah nak match . Senang cakap bukan satu kepala . Kakak pun tanya nak tukar roomate ke tak , kalau nak tukar dia nak suruh member dia tolong sebab member dia kerja dekat poli jugak , nasib aa ada kabel kan so dia bincang bincang la dengan member dia . Esok tu kakak call cakap Ketua Warden bagi tukar roomate , lagi sekali syukur alhamdulillah :) Gembira tak terkata uolls ! Roomate tyqah pindah pegi bilik aku then aku pindah pegi bilik Tyqah :D Malam tu jugak aku kemas barang bagai , semangat nau ! Hahaha :D Bilik lama blok E 1.1 , bilik sekarang blok B 1.1 :)


 Bilik lama

Bilik baru

Kalau nak cakap pasal kawan baru , tak ramai lagi buat masa sekarang , aku tak reti berkawan , yang rapat pun dengan kawan kawan lama such as kawan sekolah , kawan twitter / facebook . Yang tu ja ! Haha :D Aku tak reti nak berkawan tapi bukan sombong k ! Takpa lah baru lagi kan , nanti lelama dapat banyak la kawan baru :) 

Duduk sana sumpah bosan sangat , menghitung hari nak balik ja , nanti cuti krismas seminggu . Betapa bestnya :D Ahaks ! Sekarang pun aku tengah meng-hapdet belog nie di rumah . Dekat sana ketandusan tenet uolls , aku belum langgan lagi yang sebulan RM90 tu , tak sempat nak langgan , nanti lerr bila betul betul free . Hikhiks . Esok nak balik kamsis dah . Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaa :O Isnin dah start class then jadual terlalu fix , serius talk . Hari jumaat pun kelas sampai pukul 4 , tak boleh nak balik umah awal :'( *cedih* Semorang kena faham lepas nie aku dah jarang hapdet belog , kalau nak taw kisah aku , tunggu hari minggu okay ! :D

Dengan ini , Nadia Syahirah Binti Ismail telah menjadi siswi di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin *cakap dengan penuh bangga* HAHA ! Ofcos aku bangga , ramai lagi yang nak sambung belajar tapi takda peluang , bila aku dah dapat dan layak jadi student dekat situ , for sure kena bangga . Lecturer cakap jangan ada rasa rendah diri tak dapat belajar di universiti , diploma politeknik sama ja dengan diploma uitm , kerja sama gaji sama :) Sekarang orang dah tak kira pasal tempat study , yang penting pointer maw tinggi , kualiti kena ada . Aku ingat sampai bila bila kata lecturer :) InsyaAllah aku akan belajar rajin rajin , doakan aku semua ya kalian yang membaca entry nie . Okbai selamat malam ;)


Kad matrik sementara yang mampu . Hikhiks :p


p/s korang tak rasa aku punya entry malam nie kalau boleh nak cerita dari A to Z . Hahaha kisah pulak aku :p Maaf tak sempat nak bersnap gambar sendiri , minggu orientasi muka belengaih . Bhahaha :D





Thanks you for reading this :)




Older Post . Newer Post


// More Than Words