Nunad's Official Belog
30 Perkara Perempuan Tidak Sempat Beritahu Lelaki
Friday 17 February 2012 0 CuteStalker
Hye handsome , Hye chantek . woooo , agak lama hampa tak singgah sini kan -,- nak singgah acano , aku tak buat entry baru , kan ? kan ? :D Lepas entry yang panjang berjela tuh , aku stop jap sebab ............... errr err rahsia :( boleh tahan la komen yang aku dapat , positif ada negatif pun ada ^_^ sampai ada EX couple yang b'gadoh kononnya entry aku ala2 kisah depa hehe . si laki kata kat pompuan , si pompuan kata kat laki . last2 dua2 salah # terasa ambik , aku bagi free ja haha :D 

Aku suka godek2 video like heartbroken dekat youtube , best habaq hang bila baca, layan jaa .. biasa laa aku kannn HEARTBROKEN haha :D cehhh .. tanak membebel banyak ahh kat sini .. video tu AGAK sesuai untuk si lelaki . So aku nak kongsi dengan hampa semua , bagi yang dah tengok video tu OK la , yang belom tengok jomm baca nihh !


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat !!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian .

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan , cubalah tegur dia perlahan-lahan .

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut .

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan .

14. Jika kamu menyukai sorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu .

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri !!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata !!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis) .Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


- Tapi ada jugak perempuan yang macam nih -


HAHA . so si lelaki pandai2 lahh pikir mana yang baik dan buruk . pilih yang terbaik :)  tambah2 yang sayangg gila2 dekat awek hampa tuu -,- 






Thanks you for reading this :)




Older Post . Newer Post


// More Than Words